Wednesday, April 29, 2009

NASI DAGING (NASI BUKHARI)


Bahan-Bahan:
4 tin susu beras
4 tin susu air
ekor ayam (dipotong kecil dan digoreng hingga masak)
1 tin kecil minyak sapi
1 tin susu cair
sm halia (dihiris)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (dimayang halus)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (digiling)
10 ulas bawang putih (digiling)
8 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
6 sm kulit kayu manis
7 biji buah badam
3 biji buah tomato
2 camca besar jintan manis
4 camca besar ketumbar
5 biji ubi kentang
1 labu bawang besar
Sedikit daun pudina
Garam secukup rasa

Cara:
Jintan manis, jintan putih dan ketumbar digiling hingga lumat. Bawang merah, bawang putih dan halia digiling lumat. Bawang besar dan tomato dimayang bulat. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan rempah yang telah digiling bersama cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang besar dan tomato. Setelah itu masukkan ayam goreng sambil dikacau hingga rata. Masukkan susu cair, air dan daun pudina serta garam secukup rasa. Apabila mendidih masukkan beras dan masaklah hingga kering.

PADA SIAPA BERMINAT NAK MENCUBA NASI DAGING NI SILAKAN LER..UNTUK MENAMBAH KEENAKKAN NASI NI LEH LER DIREBUS DAGING HINGGA EMPUK DAN DICICAH BERSAMA AIR ASAM..MAKAN BERSAMA NASI INI PASTI TAK TOLEH BELAKANG DAH..

1 comments:

teMan said...

amboih..terus masukkan resipi dlm blog..
cayalah kak..

nasik daging akak mmg sdap..
akak nk tau?
arinih pun still leh mkn..
sup akak mmg still eloks..
thanks kak..
sok nnt wat lagi na na :p

Post a Comment