Monday, June 8, 2009

KEK PISANG



RESEPI KEK PISANG..
Bahan-Bahan:
1 ¾ cawan tepung gandum

¼ cawan tepung jagung

1 cawan gula

3 biji telur

4 biji pisang

1 cawan minyak

1 camca kecil soda bikarbonat

Secubit garam

Cara:

Pisang dilenyek hingga hancur. Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan soda yang telah diayak ke dalam adunan. Bila telah sebati, masukkan pisang, garam dan minyak, gaul hingga sebati. Bakar dengan suhu 150 c kira-kira 45 minit atau sehingga kek pisang keemasan.. selamat mencuba..

Tuesday, May 12, 2009

RASA KAGUM SUNGGUH


www.miracookiss.blogspot.com
MAI LER KENGKAWAN LAWAT BLOG NI..MACAM XCAYA CUP CAKE TELAH DI KOMERCIAL KAN..MEMANG CANGGIH..SAYA RESPEK LA KAT KAKAK NI..

Sunday, May 10, 2009

CARA PALING MUDAH MASAK SAMBAL TELUR



Bahan-Bahan:
3 biji telur

1 bawang besar(hiris)

2 bawang putih(hiris)

cili boh
kicap manis

garam

minyak

Cara:


1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih dah bawang merah sehingga naik bau.

2. Masukkan cili boh dan garam, tumis sehingga cili masak dan masukkan sedikit air.

3. Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan sehingga telur masak.

4. Setelah telur masak masukkan sedikit kicap manis dan hidang.

AYAM CILI KERING


Bahan-Bahan:

Bahan A

4 keping isi ayam(dipotong dadu)
2 sudu tepung gandum
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng
Bahan B
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
5-6 tangkai lada kering(dipotong dan direndam air panas)
2-3 sudu besar air tepung jagung
sedikit gula}
sedikit garam} mengikut citarasa
Cara:
cuci ayam sehingga bersih kemudian perap kan dengan tepung dan lada sulah selama 1 jam.Kemudian digoreng setengah masak. Ketepikan. Gunakan sedikit lebihan minyak gorengan ayam. tumis lada kering yang telah direndam tadi. masukkan ayam, sos tiram,kicap,dan lada sulah serta sedikit garam & gula. akhir sekali masukkan air tepung jagung.
Tambahan:

garam jangan terlalu banyak kerana sos tiram biasa nya sudah masin.sekirany hendak berkuah sedikit boleh lah ditambahkan air.

Friday, May 1, 2009




KEK KUKUS

HARGA JUALAN RM 1.00. BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA DI TALIAN HOT 019-5156997. ORDER SEBELUM KEHABISAN STOK.


Wednesday, April 29, 2009

NASI DAGING (NASI BUKHARI)


Bahan-Bahan:
4 tin susu beras
4 tin susu air
ekor ayam (dipotong kecil dan digoreng hingga masak)
1 tin kecil minyak sapi
1 tin susu cair
sm halia (dihiris)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (dimayang halus)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (digiling)
10 ulas bawang putih (digiling)
8 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
6 sm kulit kayu manis
7 biji buah badam
3 biji buah tomato
2 camca besar jintan manis
4 camca besar ketumbar
5 biji ubi kentang
1 labu bawang besar
Sedikit daun pudina
Garam secukup rasa

Cara:
Jintan manis, jintan putih dan ketumbar digiling hingga lumat. Bawang merah, bawang putih dan halia digiling lumat. Bawang besar dan tomato dimayang bulat. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan rempah yang telah digiling bersama cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang besar dan tomato. Setelah itu masukkan ayam goreng sambil dikacau hingga rata. Masukkan susu cair, air dan daun pudina serta garam secukup rasa. Apabila mendidih masukkan beras dan masaklah hingga kering.

PADA SIAPA BERMINAT NAK MENCUBA NASI DAGING NI SILAKAN LER..UNTUK MENAMBAH KEENAKKAN NASI NI LEH LER DIREBUS DAGING HINGGA EMPUK DAN DICICAH BERSAMA AIR ASAM..MAKAN BERSAMA NASI INI PASTI TAK TOLEH BELAKANG DAH..
PUDING JAGUNG


Bahan-Bahan:
1 bungkus agar-agar tali
1 tin jagung krim
1 tin susu cair
2 cawan gula pasir
Pewarna kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan air

Cara:
Didihkan air dan masukkan agar-agar hingga hancur. Masukkan jagung krim yang telah dikisar, gula dan susu cair. Kacau rata dan didihkan sebentar sebelum memasukkan pewarna dan esen vanilla. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan mengikut suka dan sejukan.

cuba ler resipi ni menjimatkan gak...pada sapa yang 'dry' tapi masih nk makan makanan yang best dan senang nk disediakan leh ler cuba resepi ni..